Sunday, March 29, 2015

IUD-INGATAN UNTUK DIRI

Assalamualaikum wbt.

Pabila kita ketawa berdekah-dekah...
menghela nafas...
berhentilah seketika...
beristighfarlah..
renungi..
mungkin ada di antara kita yang sedang menangisi kesukaran hidup yang tiada siapa pun tahu apakah nasib mereka selepas ini..

Alhamdulillah..
Sesungguhnya kadang-kadang aku terpikir..
layakkah aku untuk mengeluh dengan dugaan yang ku terima
sedangkan masih ada lagi insan lain yang menderita
rakan-rakan ku juga

Astaghfirullah..
sahabatku
ada yang ayahnya terlantar sakit dek kerana sakit teruk
ibu yang tidak bekerja
adik adik masih kecil
masih mampu tersenyum
dan kadang kala masih mampu melayaniku
walaupun hatinya ku tahu sedang bergolak
gelisah dan resah

Bersyukurlah kamu setiap saat
Jangan berhenti berusaha
Jangan berhenti berdoa
Sayangi ibu bapa
Sayangi rakan-rakanmu
Sementara mereka masih ada di sampingmu

p/s: banyak sangat bergelak tawa pada hari ini sampai lupa tujuan sebenar berada di sini untuk belajar. ku ingin mengingatkan diri juga.


No comments:

Post a Comment