Monday, August 3, 2015

Kek Pelangi Puding Karamel

Semalam adik perempuan aku mintak buatkan kek nie untuk jamuan hari raya di sekolah. Awal2 memang aku ragu2 sikit nak buat sbb ade pengalaman kek nie x jadi. hahaha. bukan ape sebb oven aku nie kadang2 buat hal sikit. suhunya cepat turun. belum sempat kek masak aku keluarkan. Oleh hal yang demikian kek tersebut lembik, dan tak masak. tapi lepas tu aku try gak buat lagi sekali. kali nie kuatkan sikit suhu dan bakar lama sikit. baru jadi dan rasenye sedap sangat.

Jadi kali nak kongsi resepi Kek Pelangi Puding Karamel.kek nie ade dua bahagian. satu bahagian untuk puding karamel. dan satu lagi bahagian kek.

Kek  Pelangi Puding Karamel(saiz 9x9 atau 8x8)

Puding Karamel.

Bahan2

70gm gula halus
1 tin susu cair
2 biji telur
3 biji telur kuning
3 sudu gula untuk karamel

1. Cairkan 3 sudu gula hingga cair dan sedikit hangus kedalam bekas yang ingin digunakan untuk dibakar.sejukkan
(macam nak buat puding gula hangus)
2. Campurkan bahan yang lain dan mesin sekejap sehingga sebati. masukkan kedalam bekas gula hangus tadi.Letak ditepi.

Kek.

Meringue
70gm gula halus
6 biji telur putih
1sdk serbuk tartar(aku x letak.bergantung kepada telur.kalau telur cukup segar x letak pun xpe)

Bahan kek.
70gm gula
3 biji telur kuning
140gm tepung gandum
130 air masak
45ml minyak masak
1sudukecil bahan penaik
2sudukecil esen vanilla
sedikit garam
bahan pewarna makanan.

1. Mesin telur sekejap sehingga naik sekali ganda.
2. Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil mesin.
3. Mesin adunan 5 minit atau sehingga adunan bertanduk atau tidak jatuh kalau diterbalikkan.Letak ditepi.
4.Untuk kek, masukkan telur kuning, minyak masak, dan gula. Pukul sebentar sehingga kembang.
5. Masukkan air, tepung, esen vanila, serbuk penaik dan garam. Pukul hinga sebati.
6. Masukkan meringue sebanyak 1/3 dan kaup balikkan untuk mengekalkan adunan menjadi ringan. Masukkan selebihnya dan kaup balikkan sehingga sebati.
7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan masukkan bahan pewarna.
8. Cedokkan adunan satu-satu bergilir-gilir 3 adunan sehingga habis ke atas puding  yang lebih besar.
9. Bakar dengan kaedah double boiler. Iaitu letakkan loyang adunan kedalam loyang yang lebih besar yang mengandungi air. Bakar selama 60 minit suhu 160-170 celcius.
10. Biarkan sejuk selama 10 minit. Kek akan tertanggal dari loyang. Terbalikkan ke atas pinggan.

*untuk mendapatkan meringue yang cantik, pastikan anda guna telur yang segar dan rendam telur dahulu selama 5-10 minit di dalam air suam. Air suam ya bukan air panas nnti masak telur tu.
*pastikan kek betul2 masak baru keluarkan dan terbalikkan. Anda boleh tambah masa bakar kalau kek tak cukup masak. Macam oven saya yang suhunya cepat turun.
*cara untuk pastikan kek dah betul2 masak. tiada cecair berlebihan di dalam loyang. dan bila anda tekan sedikit permukaan kek anda dapat rasa keras sikit. kek juga tidak bergoyang kalau kita goyangkan sedikit.

Itu sahaja untuk kali ni. selamat mencuba.

Lain kali kalau aku rajin aku masukkan step-by-step.




No comments:

Post a Comment